Followers

Saturday 4 February 2012

# TUSUK 9 # Pelajar jual Baucar Buku 1Malaysia Tidak Tahu Bersyukur


PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.(sumber:berita harian)

Berhubung kes pelajar menjual  (BB1M) adalah sangat tidak wajar bagi tindakan tersebut. Sebagai seorang mahasiswa dan pelajar yang mempunyai pemikiran yang matang, seharusnya baucar yang diberikan oleh kerajaan dimanfaatkan untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran, bukan untuk dapatkan duit semata-mata. Golongan pelajar yang tak tau bersyukur ni memang tidak mengenang budi kerajaan langsung yang beria-ia nak tolong mereka.

ps: ada pelajar yang guna (BB1M) untuk beli novel seks...

No comments:

Post a Comment