Followers

Sunday 22 April 2012

# TUSUK 28 # Pelajar UPSI Jatuh Bangunan ???

AL FATIHAH 



Fatimah Mina Binti Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
Minor Bahasa Arab
Berasal dari Bakri , Muar
PNGS 3.57

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi . Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian dan masih dalam keadaan trauma kerana menyaksikan insiden tersebut dan tidak berupaya ditemubual lagi. Jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. 
InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. 

Mengikut sumber daripada Pensyarah UPSI - "Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ"



Allahyarhamah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kaki dan kepala. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Fatimah Mina Binti Md Juferi semoga roh Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah. 


Friday 20 April 2012

# TUSUK 27 # Hadiah Pro M

Terima la hadiah yang tidak seberapa ini dengan meninggalkan pelbagai persoalan terdapat 11 PERSOALAN yang dilontarkan kepada PRO PEMBANGKANG.....!!!!!


Thursday 19 April 2012

# TUSUK 26 # Parlimen Bubar



Adakah benar PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT ???

Mengikut kata-kata dari parti pembangkang dari Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar, semalam dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh membubarkan Parlimen menjelang akhir minggu ini.

"Bendera- bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan berkibaran di beberapa tempat, spekulasi di kalangan ahli politik ialah bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak berapa lama lagi.

'Datuk Seri Najib mungkin berbuat begini juga untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 3.0 (yang bakal diadakan pada 28 April ini),' kata beliau, sambil menambah bahawa perdana menteri mungkin mengumumkan pilihan raya itu menjelang akhir minggu ini kerana percaya beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah mengotakan janjinya untuk membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilafazkan tahun lalu.

Benar atau Tidak kesahihan ini, kita nantikan detik yang ditentukan.....................

# TUSUK 25 # Derita Artis

Derita yang di alami oleh Bob Kuman


jika ingin menyumbang bagi meringankan beban BOB KUMAN, 
sila salurkan ke akaun Maybank 112371007047 (HUSNI MOHD RAWI)