Followers

Tuesday 7 February 2012

# sambungan TUSUK 9 # BAUCER BUKU di salah guna oleh MAHASISWA ???




Tempoh sah Baucer pula akan tamat pada 31 hb Mac 2012. Baucer itu juga tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM 200.00 tetapi semuanya dilakukan semasa mahasiswa sedang bercuti panjang.

Berasas beberapa fakta di atas, Baucer tersebut dilihat tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah untuk meraikan perkara berikut.

a] Awal pembukaan semester untuk sessi baru pengajian

b] Permulaan pengajian Matrikulasi

c] Pesta Buku Antarabangsa

Baucer tidak menepati masa yang sesuai inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai. Kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku sebab final exam telah berlangsung dan mereka akan bercuti dan kebanyakkan mahasiswa pada hari ini menghabiskn Baucer Buku dengan membeli barang-barang yang lain selain dari buku untuk keperluan pada masa semesta hadapan


No comments:

Post a Comment