Followers

Thursday 22 December 2011

# TUSUK 5 # Peace Campus




Bertempat di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi berlangsungnya satu perhimpunan aman membabitkan mahasiswa Pro-Aspirasi yang membantah tindakan 'mahasewel' bernama Adam Adli dan SMM yang mengadakan demontrasi serta bertindak menurunkan bendera PM di bangunan PWTC tempoh hari.


Perhimpunan yang diadakan sebentar tadi bertujuan meyerahkan dua memorandum satu untuk menyatakan sokongan penuh mahasiswa seluruh IPTA terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan satu memorandum mendesak supaya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi meletak jawatan ekoran beliau dikatakan bertanggungjawab menggalakkan perlakuan biadap 'mahasewel' bernama Adam Adli.



Memorandum pertama diserahkan kepada Tuan Haji Khairi Malek selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin.



Lebih kurang 500 mahasiswa berhimpun sambil melaungkan "Undur, undur, undur Saifuddin!" bergema di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi - kumpulan pelajar ini turut berteriak supaya Datuk Saifuddin Abdullah turun berhadapan dengan mereka sebagaimana beliau berhadapan dengan mahasiswa dari kumpulan SMM tempoh hari.





Pemimpin Pelajar Berbangsa India Turut Berucap di hadapan 500 Mahasiswa

Namun sesuatu yang menarik dapat diperhatikan melalui perhimpunan mahasiswa Pro-Aspirasi ini kerana turut kelihatan mahasiswa berbangsa Cina dan India turut serta menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri selain membantah tindakan biadap Adam Adli.




Melihat tiada kelibat Datuk Saifuddin Abdullah membuatkan saya tertanya-tanya di manakah beliau berada ketika perhimpunan tersebut berlangsung? Saya difahamkan bahawa beliau tiada dalam pejabat dan berada di Johor Bahru ketika penyerahan memorandum cuba dibuat.

Di mana Datuk Saifuddin Abdullah?

Kenapa bersikap diskriminasi terhadap kumpulan mahasiswa Pro-kerajaan?

Adakah suara mahasiswa ini tidak diiktiraf oleh Datuk Saifuddin Abdullah sebagaimana beliau 'mengiktiraf' suara minoriti 'mahasewel' yang menurunkan bendera PM?

credit to: DoubleY

Nantikan pendedahan # TUSUK 6 #

No comments:

Post a Comment