Followers

Wednesday 21 December 2011

# TUSUK 3 # Kebiadapan Adam Adli Adalah Aset Penting PKR

Cocok-cocok sakit wooo...

Siap dah 2 helai baju PENITI jahit… ni dah nak masuk baju yang ke 3… Bongkar-bongkar bekas benang, terjumpa gambar ADAM ADLI tett… Tengok saja lah… Jangan menimbulkan spekulasi bukan-bukan ye… hati-hati jangan sampai tercucuk peniti…Cocok-cocok sakit wooo...hehehe (senyum sipu-sipu)…


idola masa kini


Lagi pendedahan yang dapat PENITI kongsikan…kita layan dulu…



Sepanjang penubuhannya, PKR telah mengkaderkan ahli-ahli baru yang sentiasa mengamalkan sikap revolusioner dengan sebahagian pegangan Mao Tze Tung iaitu golongan pelajar menentang guru, golongan muda memusuhi golongan sederhana dan idea-idea anti-establishment menjadi motif pendewaan, turut menunjangi perjuangan parti tersebut.
Ianya tidak menghairankan memandangkan Anwar Ibrahim sendiri merupakan seorang pejuang Sosialis pada zaman pelajarnya. Kemudian bertukar kulit menjadi seorang pejuang pergerakan Islam, sebelum bertukar kulit lagi menjadi seorang pejuang Nasionalisme dan pada penghujung kerjaya politiknya, sekali lagi bertukar sebagai Sosialis Islam yang memperjuangkan Pluralisme dan Liberalisme.

Menentang kerajaan atau anti-establishment dianggap sebagai kemuncak kejayaan pejuang-pejuang muda. Lagi hebat penentangan terhadap kerajaan, mereka akan dianggap sebagai pemimpin masa hadapan yang bersuara lantang.

Cuma sesuatu yang agak aneh di Malaysia ialah, semangat membara menentang kerajaan yang dipertontonkan menerusi siri-siri demonstrasi semenjak 1974 hanyalah membabitkan pelajar-pelajar Melayu yang kemudiannya diketahui keciciran dan terpaksa mengulangi kembali pelajarannya. Malah lebih ramai yang terus tercicir dengan Anwar Ibrahim sendiri adalah contoh utamanya.


PKR sememangnya memerlukan golongan yang tidak mempunyai masa hadapan dalam pelajaran. Seluruh kegiatan PKR terpaksa bergantung sepenuhnya kepada golongan ini. Dengan mensasarkan pelajar-pelajar keciciran dari bangsa Melayu-Bumiputera, PKR menjanjikan atas apa yang mereka namakan sebagai PERJUANGAN RAKYAT. PKR cuba menggambarkan dan memberikan persepsi kononnya itu adalah pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh golongan berkenaan untuk kesejahteraan rakyat pada masa hadapan walaupun hakikatnya, PKR sebenarnya cuba melepaskan tanggungjawab mereka daripada menggelapkan masa hadapan pelajar-pelajar terbabit.
Nilai-nilai kotor yang dipersembahkan oleh PKR menjadi ikutan pelajar-pelajar keciciran seperti Adam Adli. Terpesona dengan terma perjuangan yang memerlukan kebiadapan sebagai elemen utama, Adam Adli tanpa disedarinya sedang mengotorkan dirinya sendiri dengan menyusahkan proses persediaan untuk berhadapan dengan realiti dunia pekerjaan sebaik-baik sahaja selesai pengajian.


Sebenarnya, negara ini tidak pernah mengamalkan budaya menghalang mana-mana orang terbabit dalam politik. Namun tanggungjawab sosial kepada diri sendiri, umat, bangsa dan negara sebenarnya adalah menyediakan diri dengan kelengkapan ilmu dan pelajaran. Tidak ada dalam sejarah pendidikan, termasuklah yang diamalkan oleh ulama-ulama muktabar yang menjadi ikutan umat, mereka yang masih belajar, perlu merasakan yang mereka lebih pandai daripada orang lain.
Kerana itulah, Al-Quran sendiri menggariskan ‘rukun’ tentang pengajaran dan pembelajaran. Malahan, perintah agar mendiamkan diri jauh lebih baik daripada memperkatakan sesuatu yang tidak diketahui atau sekadar samar-samar, menjadi pegangan kepada umat Islam yang memahami ilmu agamanya.
Apa yang dilakukan oleh PKR sebenarnya sejajar dengan rancangan besar Zionis untuk memiskinkan umat Islam dan melalaikan umat dengan permainan politik, hiburan serta sukan. Musuh Islam sangat sedar, sekiranya umat Islam menguasai bidang pelajaran, umat ini akan menjadi sangat kuat seperti pada abad ke-8 sehingga abad ke-12. Hanya apabila dilalaikan dan umat tidak lagi mementingkan pelajaran, sebaliknya melebihkan tentang politik kepartian, maka jarum-jarum hasutan yang boleh meruntuhkan umat dalam masa yang singkat, musuh-musuh Islam akan terus berjaya menguasai dan melakukan penjajahan.
Sekarang ini pun, kita dapat lihat bagaimana musuh-musuh umat dan negara Islam melakukan pelbagai taktik sama ada sebagai penjarahan mahupun sebagai usaha memastikan umat dan negara Islam terpaksa bergantung kepada mereka dalam serba-serbi hal. Perhatikan sahaja bagaimana marahnya kuasa besar seperti Amerika Syarikat kepada negara-negara Islam yang mampu mencipta senjata-senjata pemusnah. Dengan alasan, senjata-senjata itu akan mengancam keamanan dunia, negara besar seperti Amerika Syarikat yang kuat menyokong Zionis tidak pernah memperkirakan pembangunan dan teknologi persenjataan yang mereka gunakan sebagai pendapatan utama untuk negara mereka.
Begitulah jugalah halnya dengan PKR di Malaysia. Menjadikan kaum pelajar Melayu-Bumiputera sebagai sasaran untuk mereka sendiri terus tegak di atas kerusi pilihanraya, sebenarnya perlu dilihat dari sudut yang lebih luas. Walau atas alasan apa sekalipun, yang pasti, PKR sebenarnya menjadikan KEBODOHAN dan KEALPAAN Melayu-Bumiputera tentang hak serta kepentingan sebenar mereka, sebagai aset penting untuk parti itu terus hidup di negara ini.


Nantikan pendedahan # TUSUKAN 4 #



No comments:

Post a Comment