Followers

Thursday 19 April 2012

# TUSUK 23 # NAIB CANSELOR UTHM



Professor Dato Dr. Mohd Noh Bin Dalimin,
Naib Canselor,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Johor .

Assalamualaikum w.b.t Dato

SUARA MAHASISWA

Saya Muhammad Yasin B. Jamil Mahasiswa UTHM menyatakan hasrat surat ini adalah bertujuan bagi menyatakan beberapa perkara pertamanya mahasiswa hari ini perlu dilayan sebagai insan intelektual bukannya seperti pelajar sekolah.

Terdapat dua ciri utama yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah. Pertamanya, ialah perbezaan umur di mana rata-ratanya setiap mahasiswa/I berumur 18 tahun ke atas. Keduanya, universiti berperanan sebagai tempat melahirkan intelektual.Sewajarnya mahasiswa diberikan peluang dan kebebasan untuk melatih diri dengan kemahiran insaniah melalui pencapahan ilmu dalam pelbagai bidang termasuklah dari segi politik.Mahasiswa pemacu masa depan negara.

Oleh itu, sebagai seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai. Maka dalam hal ini soal kebebasan adalah perlu bagi seseorang mahasiswa supaya mereka bebas menentukan apa yang mereka mahukan. 

Malangnya, buat pengetahuan tuan masih terdapat dalam pengurusan mahasiswa beranggapan bahawa mahasiswa tidak banyak beza dengan pelajar sekolah dan ini adalah satu tanggapan yang salah.

Oleh yang demikian, seiring dengan perubahan yang bakal dilaksanakan adalah perlu kita melihat sendiri apa sebenarnya yang diinginkan oleh mahasiswa dari kacamata seorang mahasiswa dan tidak lagi bergantung kepada metodologi yang rigid sebagai garis panduan dalam mengawal perkembangan mahasiswa. SELAIN DARIPADA ITU, MAHASISWA/I ADALAH PENENTU MASA HADAPAN KERANA MEREKA ADALAH BAKAL PEMIMPIN NEGARA. JADI SEHARUSNYA HAK KEBEBASAN BERSUARA PERLU DIBERIKAN KEPADA MAHSISWA/I.

BIOKRASI PENTADBIRAN

Tambahan lagi, pihak pentadbiran universiti melaksanakan birokrasi yang melampau sehingga menyusahkan mahasiswa/i. Seharusnya pihak pentadbiran melaksanakan sistem berkonsepkan kesederhanaan seperti sabda Rasulullah s.a.w “ Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan”.
Mahasiswa hari ini mempunyai banyak tanggungjawab, tetapi disebabkan perkara biokrasi yang terlalu menekan mahasiswa UTHM. Khususnya HEP dalam meluluskan program dan aktiviti mahasiswa.

KEPENTINGAN POLITIK

Sepanjang saya mengikuti kuliah di UTHM terdapat pelbagai unsur politik di bawa ke dalam UTHM antaranya Ceramah Kempen Barisan Nasional Dato Maslan sempena International Youth Day (UNESCO) pada 18 Nov 2011 yang lalu. Di mana, mahasiswa 2 Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail di matikan lampu dan dipaksa untuk menghadiri ceramah tersebut. 

Dalam ceramah tersebut pula bukan dihidangkan tentang soal akademik tetapi ceramah kempen politik Barisan Nasional.Mahasiswa ketika itu menghadapi minggu ujian , dan dalam keadaan dipaksa dan ditipu mereka perlu terima. Harap Dato tidak lagi mengulangi perkara ini dan minta maaf secara terbuka kepada mereka yang terlibat serta menarik balik dakwaan ke atas 3 mahasiswa yang disabit kesalahan atas penyebaran video di Youtube bertajuk Mahasiswa UTHM bantah kempen politik melalui program Universiti.

Selain itu, pelancaran Kempen Barisan Nasional Polley Agent & Counting Agent(PACA) yang diadakan di Dewan Terbuka Ibrahim Ismail yang lalu juga telah menunjukkan fasiliti awam untuk mahasiswa digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu. Di samping itu, saya merasa amat kecewa tindakan Dato Naib Canselor berada dalam Televisyen 1 menjadi salah seorang panel ketika persidangan UMNO berlangsung.Saya tidak pasti apa jawatan yang Dato sandang dalam UMNO.

Sepanjang saya belajar di UTHM ini, pelbagai juga hiburan melampau menjadi PERKARA WAJIB TIAP TAHUN antaranya Konsert Born For Nature pada Konvokesyen tahun 2010 yang mengundang perkara negatif dari pelbagai pihak dan ada pengunjung membawa minuman keras ke dalam Konsert tersebut. Ini sama sekali tidak selari dengan Universiti yang sepatutnya menjadikan UTHM ini sebagai gudang ilmu.

Di samping itu, sesi Konvokesyen 2011 yang lalu jugak dihidangkan Battle Of The Band dan Konsert Rock yang menampilkan artis yang membuka baju. Kawasan yang dibuat berhadapan dengan Masjid Baru UTHM dan ramai masyarakat luar yang membuat aduan keburukan program hiburan ini.Banyak lagi program hiburan melampau tertutup mahupun terbuka, cukup sekadar 2 program ini menjadi tumpuan saya.. Dan saya harap Dato jika sayangkan agama, anak bangsa dan universiti tercinta ini tidak melakukan lagi perkara ini.

Dato , mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ , mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya hanya seorang mahasiswa, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat mahasiswa seperti saya.

Namun Dato’, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan seperti saya ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, saya memohon maaf untuk itu. 


Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Yasin B. Jamil

3 comments:

  1. bodo punya blog. kejap dato kejap tuan.. kau nie banggang BM ke pe? jangan nak jadi pencacai sangatla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat ni mcm copy & paste.. Yasin Jamil ni mesti BM penulisan cukup2 mkn je..

      Delete
  2. ada percanggahan di sini antara maksud penyamapaian :

    AYAT PERTAMA:
    "Oleh itu, sebagai seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai. Maka dalam hal ini soal kebebasan adalah perlu bagi seseorang mahasiswa supaya mereka bebas menentukan apa yang mereka mahukan"

    AYAT KEDUA
    "Maklumlah, saya hanya seorang mahasiswa, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya"

    Tahu pula mahasiswa ni boleh buat silap. Jd mesti ada rules yg perlu ada utk guide diorg. bukan boleh bebas nak buat apa sesuka hati. Contoh terbaik kedangkalan segelintir mahasiswa adalah perhimpunan gelandangan(campur lelaki perempuan di Dataran Merdeka)

    ReplyDelete