Followers

Sunday 22 April 2012

# TUSUK 28 # Pelajar UPSI Jatuh Bangunan ???

AL FATIHAH 



Fatimah Mina Binti Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
Minor Bahasa Arab
Berasal dari Bakri , Muar
PNGS 3.57

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi . Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian dan masih dalam keadaan trauma kerana menyaksikan insiden tersebut dan tidak berupaya ditemubual lagi. Jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. 
InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. 

Mengikut sumber daripada Pensyarah UPSI - "Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ"



Allahyarhamah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kaki dan kepala. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Fatimah Mina Binti Md Juferi semoga roh Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah. 


Friday 20 April 2012

# TUSUK 27 # Hadiah Pro M

Terima la hadiah yang tidak seberapa ini dengan meninggalkan pelbagai persoalan terdapat 11 PERSOALAN yang dilontarkan kepada PRO PEMBANGKANG.....!!!!!


Thursday 19 April 2012

# TUSUK 26 # Parlimen Bubar



Adakah benar PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT ???

Mengikut kata-kata dari parti pembangkang dari Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar, semalam dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh membubarkan Parlimen menjelang akhir minggu ini.

"Bendera- bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan berkibaran di beberapa tempat, spekulasi di kalangan ahli politik ialah bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak berapa lama lagi.

'Datuk Seri Najib mungkin berbuat begini juga untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 3.0 (yang bakal diadakan pada 28 April ini),' kata beliau, sambil menambah bahawa perdana menteri mungkin mengumumkan pilihan raya itu menjelang akhir minggu ini kerana percaya beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah mengotakan janjinya untuk membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilafazkan tahun lalu.

Benar atau Tidak kesahihan ini, kita nantikan detik yang ditentukan.....................

# TUSUK 25 # Derita Artis

Derita yang di alami oleh Bob Kuman


jika ingin menyumbang bagi meringankan beban BOB KUMAN, 
sila salurkan ke akaun Maybank 112371007047 (HUSNI MOHD RAWI)

# TUSUK 24 # BERSIH 3.0 Video



LAGU KHAS BERSIH 3.0



MAT SABU BERSIH 3.0



ADAM ADLI 3.0



NURUL IZZAH 3.0

# TUSUK 23 # NAIB CANSELOR UTHM



Professor Dato Dr. Mohd Noh Bin Dalimin,
Naib Canselor,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Johor .

Assalamualaikum w.b.t Dato

SUARA MAHASISWA

Saya Muhammad Yasin B. Jamil Mahasiswa UTHM menyatakan hasrat surat ini adalah bertujuan bagi menyatakan beberapa perkara pertamanya mahasiswa hari ini perlu dilayan sebagai insan intelektual bukannya seperti pelajar sekolah.

Terdapat dua ciri utama yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah. Pertamanya, ialah perbezaan umur di mana rata-ratanya setiap mahasiswa/I berumur 18 tahun ke atas. Keduanya, universiti berperanan sebagai tempat melahirkan intelektual.Sewajarnya mahasiswa diberikan peluang dan kebebasan untuk melatih diri dengan kemahiran insaniah melalui pencapahan ilmu dalam pelbagai bidang termasuklah dari segi politik.Mahasiswa pemacu masa depan negara.

Oleh itu, sebagai seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai. Maka dalam hal ini soal kebebasan adalah perlu bagi seseorang mahasiswa supaya mereka bebas menentukan apa yang mereka mahukan. 

Malangnya, buat pengetahuan tuan masih terdapat dalam pengurusan mahasiswa beranggapan bahawa mahasiswa tidak banyak beza dengan pelajar sekolah dan ini adalah satu tanggapan yang salah.

Oleh yang demikian, seiring dengan perubahan yang bakal dilaksanakan adalah perlu kita melihat sendiri apa sebenarnya yang diinginkan oleh mahasiswa dari kacamata seorang mahasiswa dan tidak lagi bergantung kepada metodologi yang rigid sebagai garis panduan dalam mengawal perkembangan mahasiswa. SELAIN DARIPADA ITU, MAHASISWA/I ADALAH PENENTU MASA HADAPAN KERANA MEREKA ADALAH BAKAL PEMIMPIN NEGARA. JADI SEHARUSNYA HAK KEBEBASAN BERSUARA PERLU DIBERIKAN KEPADA MAHSISWA/I.

BIOKRASI PENTADBIRAN

Tambahan lagi, pihak pentadbiran universiti melaksanakan birokrasi yang melampau sehingga menyusahkan mahasiswa/i. Seharusnya pihak pentadbiran melaksanakan sistem berkonsepkan kesederhanaan seperti sabda Rasulullah s.a.w “ Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan”.
Mahasiswa hari ini mempunyai banyak tanggungjawab, tetapi disebabkan perkara biokrasi yang terlalu menekan mahasiswa UTHM. Khususnya HEP dalam meluluskan program dan aktiviti mahasiswa.

KEPENTINGAN POLITIK

Sepanjang saya mengikuti kuliah di UTHM terdapat pelbagai unsur politik di bawa ke dalam UTHM antaranya Ceramah Kempen Barisan Nasional Dato Maslan sempena International Youth Day (UNESCO) pada 18 Nov 2011 yang lalu. Di mana, mahasiswa 2 Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail di matikan lampu dan dipaksa untuk menghadiri ceramah tersebut. 

Dalam ceramah tersebut pula bukan dihidangkan tentang soal akademik tetapi ceramah kempen politik Barisan Nasional.Mahasiswa ketika itu menghadapi minggu ujian , dan dalam keadaan dipaksa dan ditipu mereka perlu terima. Harap Dato tidak lagi mengulangi perkara ini dan minta maaf secara terbuka kepada mereka yang terlibat serta menarik balik dakwaan ke atas 3 mahasiswa yang disabit kesalahan atas penyebaran video di Youtube bertajuk Mahasiswa UTHM bantah kempen politik melalui program Universiti.

Selain itu, pelancaran Kempen Barisan Nasional Polley Agent & Counting Agent(PACA) yang diadakan di Dewan Terbuka Ibrahim Ismail yang lalu juga telah menunjukkan fasiliti awam untuk mahasiswa digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu. Di samping itu, saya merasa amat kecewa tindakan Dato Naib Canselor berada dalam Televisyen 1 menjadi salah seorang panel ketika persidangan UMNO berlangsung.Saya tidak pasti apa jawatan yang Dato sandang dalam UMNO.

Sepanjang saya belajar di UTHM ini, pelbagai juga hiburan melampau menjadi PERKARA WAJIB TIAP TAHUN antaranya Konsert Born For Nature pada Konvokesyen tahun 2010 yang mengundang perkara negatif dari pelbagai pihak dan ada pengunjung membawa minuman keras ke dalam Konsert tersebut. Ini sama sekali tidak selari dengan Universiti yang sepatutnya menjadikan UTHM ini sebagai gudang ilmu.

Di samping itu, sesi Konvokesyen 2011 yang lalu jugak dihidangkan Battle Of The Band dan Konsert Rock yang menampilkan artis yang membuka baju. Kawasan yang dibuat berhadapan dengan Masjid Baru UTHM dan ramai masyarakat luar yang membuat aduan keburukan program hiburan ini.Banyak lagi program hiburan melampau tertutup mahupun terbuka, cukup sekadar 2 program ini menjadi tumpuan saya.. Dan saya harap Dato jika sayangkan agama, anak bangsa dan universiti tercinta ini tidak melakukan lagi perkara ini.

Dato , mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ , mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya hanya seorang mahasiswa, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat mahasiswa seperti saya.

Namun Dato’, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan seperti saya ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, saya memohon maaf untuk itu. 


Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Yasin B. Jamil

#TUSUK 22 # DAULAT TUANKU


MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KE BAWAH
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH SULTAN,
YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-84




# TUSUK 21 # Most WANTED

Kalo ada ternampak dengan mereka, pastikn anda berhati-hati


# TUSUK 21 # MAHASISWA BUSUK

DEMONSTRASI BUSUKKAN NAMA "MAHASISWA"


Tahniah kepada wakil-wakil IPTA yang sudah berani bersuara tentang tindakan yang menggunaka mahasiswa di dalam DEMO , namun tindakan mereka mengagalkan sesetengah kelompok mahasiswa. Semoga semakin ramai mahasiswa yang berani tampil dan menyampaikan hasrat mereka yang tidak berpuas hati .




Friday 2 March 2012

# TUSUK 20 # PRO M UTHM kuat skodeng

Baru-baru ini digemparkan cerita, PRO M UTHM skodeng dan menghendap pergerakan mahasiswa, tak kan PRO M sampai mcm tue skali untuk menjatuhkan mahasiswa UTHM. Betul atau tidak....SAKSIKAN GAMBAR INI.......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

YDP UTHM HAFIZ ARIFFIN

wahhhhh !!!! xkn smpai mcm tue skali , PRO M main hendap-hendap dan skodeng gerak kerja orang . YDP UTHM melakukan mesyuarat utuk program AMAN KAMPUS , wahai ahli PRO M tak perlu la smpi nk hendap-hendap dan amik gmbar curi-curi buat malu saje. Lain kali mntak elok-elok jgn nk main sorok-sorok dan skodeng pergerakan orang lain.



# TUSUK 19 # AMAN KAMPUS di UTHM

Selepas program AMAN KAMPUS siri 1 iaitu jelajah seluruh semenanjung menutup tirai, program AMAN KAMPUS siri 2 iaitu program di setiap IPTA atau IPTS akan dilakukan diseluruh negara dalam masa terdekat untuk mendekati mahasiswa di kampus pula.

Namun, cerita terbaru yang diterima Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ataupn dikenali UTHM membuat satu program mengenai AMAN KAMPUS.....!!!!!


Dua orang wakil UTHM membuat perancangan dalam program AMAN KAMPUS 

Siapakah yang mengetuai AMAN KAMPUS UTHM ....apakah rancangan yang dilakukan oleh mereka dalam jelajah kali ini ??????


Tahniah AMAN KAMPUS UTHM !!!!!!

Selepas selesai program AMAN KAMPUS, mereka telah merangka program yang berbentuk kepada kemasyarakatan dalam mendekati diri kepada mahasiswa dan masyarakat. Ayuh, rakan-rakan di UTHM sahut la cabaran AMAN KAMPUS UTHM ....tahniah semoga berjaya dalam menjalankan program sebegini...

Monday 27 February 2012

sambungan : LYNAS = NUKLEAR

APAKAH TUDUHAN YANG DIKENAKAN TERHADAP LYNAS 

1)  LYNAS mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam undang-undang Malaysia dengan Piawaian dari  CHINA untuk pembinaan kilang ?


jawapan fakta LYNAS

Isu yang mengatakan LYNAS mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam undang-undang malaysa adalah TIDAK BENAR . Undang-undang Radiologi keselamtan dan kesihatan di malaysia adaah setanding jika tidak lebih ketat dengan mana-mana negara di peringkata antarabangsa. LYNAS tidak pernah mencadangkan penggunaan piawaian CHINA.

2) Undang-undang Australia menghalang pembinaan loji Nadir Bumi dalam lingkungan 35km kawasan kediaman ?

jawapan fakta LYNAS

Tidak ada undang-undang di Australia atau diperingkat antarabangsa yang menghadkan jarak lingkungan ini. Sebenarnya jarak 35km adalah jarak antara pekan terdekat Laverton dan Mt. Weld. Jarak ini adalah disalah tafsirkan oleh pembangkang sebagai keperluan di AUSTRALIA.

3) LYNAS telah membawa masuk pekatan lantanida tanpa lesen ?

jawapan fakta LYNAS

LYNAS tidak pernah membawa masuk pekatan lantanida ke Malaysia setakat ini . LYNAS menghormati semua keperluan undang-undang kerajaan malaysia . Simulasi logistik yang dijalankan oleh LYNAS yang menggunakan kontena kosong telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak sebagai LYNAS telah mengimport dan membawa masuk pekatan lanthanida.

APAKAH TUDUHAN YANG DIKENAKAN LAGI PADA LYNAS !!!!!!! .......tunggu dan lihat =)

# TUSUK 18 # LYNAS = NUKLEAR

Isu Lynas semakin berleluasa di negara Malaysia pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada LYNAS daripada rakyat Malaysia yang tidak mahu LYNAS diwujudkan kerana akan menimbulkan pelbagai permasalahan dinegara kita. Saksikan gambar-gambar mengenai ANTI-LYNAS.....


STOP LYNAS = SAFE MALAYSIA






Adakah perkara ini benar apa yang diceritakan oleh semua orang mengenai isu LYNAS ini . Ada sesetengah pihak menykong LYNAS diwujudkan namun sejauh mana isu ini dipermainkan !!!!!!!!

Program AMAN KAMPUS yang menjelajah ke seluruh tanah air melawat sekitar kawasan LYNAS dan menanyakan masalah yang sama daripada kita semua sebagai rakyat malaysia . Syarikat LYNAS membidas segala persoalan itu dengan memberi jawapan yang munasabah kepada kita semua. APAKAH TUDUHAN YANG DIKENAKAN TERHADAP LYNAS ????????


Program AMAN KAMPUS bersama kakitangan LYNAS menyokong LYNAS dijalankan !!!!!






Friday 24 February 2012

# TUSUK 17 # PRO M MENANG SORAK DI UM....


Jentera PRO MAHASISWA UM semalam mengelapai pertemuan MALAM PERLANCARAN JENTERA dan PENGENALAN BAKAL CALON PRO MAHASISWA......

Indah khabar dari rupa , khabar berita yang mengegarkan seluruh UM dengan pertemuan yang sekitar 2000 orang Jentera PRO M itu mendapat sambutan hangat dan di luar jangkaan daripada apa yang kita sangkakan....

Adakah pertemuan malam semalam merupakan titik nokhtah buat JENTERA ASPIRASI, adakah JENTERA ASPIRASI duduk diam diri di UM ....????

Tetapi kehadiran sebenar pada malam tadi amat-amat diluar jangkaan dan melangkaui angka yang disasarkan sebelum ini...

Jom kita tengok bukti apa yang berlaku malam tadi UM ....................................................................


AYUH PRO MAHASISWA..........
l
l
l
l
l
l
V
JOM TENGOK RAMAI-RAMAI






ramainya PRO MAHASISWA UM sekitar 9.30 malam......




isk mcm xlogik lak ....xkn nie dikatakan 2000 pro m berkumpul.....

Indah Khabar dari Rupa...hnya digemparkan dgn 2000 org tetapi yang respon hanya sekitar ini ......



Thursday 23 February 2012

# TUSUK 16 # BABI dan ANJING HALAL !!!!!!

SAKSIKAN GAMBAR dan MENILAILAH SENDIRI


Siap boleh POSING Lagi !!!!!










Penjelasan yang di sampaikan oleh pelajar tersebut yang merupakan BANGSA MELAYU dan BERAGAMA ISLAM mengenai isu BABI dan ANJING ...........

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan  'desensitization  '´ yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan  ' kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selamaseminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar  ' gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis  '³mughollazoh  '´ iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis  '³mughollazaoh  '´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis  '³mughollazoh  '´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air  'musta  'mal  '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan  'geli  ' atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit  'geli  ' apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaiankerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini  '³tidak berjangkit  '´ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak  'berjangkit  '´ jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. B itu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis  'mughollazoh  '´ pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya  '¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah  '³jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda  '´. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan  '³Tidak, kerana saya seorang Islam  '´. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua 'lam

# TUSUK 15 # PRK semakin terasa !!!!


Pada 21hb Febuari yang lalu pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar bg tahun 2011/12 secara rasminya telah dibubarkan dan pelbagai isu yang sering kali dimainkan oleh semua para mahasiswa dari dua belah pihak iaitu PRO ASPIRASI dan PRO MAHASISWA dalam membudayakan politik kampus.

Apa agenda yang ingin dimainkan pada PRK kali ini.....?????
ISU apa yang mahasiswa akan mainkan pada tahun ini...????
Adakah isu BABI ???????

SABAR dan LIHAT....


PRO ASPIRASI vs PRO MAHASISWA

Monday 20 February 2012

# TUSUK 14 # AMAN KAMPUS LAGI !!!!



Baru sahaja tamat Program AMAN KAMPUS yang baru menutup tirai semalam, hari ini di gempar gemburkan cerita pihak Aspirasi membuat gerakan PEACE FOR PALESTINE dalam menyokong dan membantu rakyat Palestin yang ditindas dan dihina.!!!!

Menurut sumber yang diperolehi, Aspirasi Malaysia akan mengerakkan PEACE FOR PALESTINE di seluruh IPTA dan IPTS sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan oleh penduduk di Palestin. Selain itu juga, Aspirasi Malaysia mengutuk keras terhadap mana-mana pihak yang menyokong israel dan bersongkol dengannya.

HAPUSKAN tindakan israel, Selamatkanlah Negara Palestin !!!!!!

AMAN KAMPUS TAMAT !!!!!



Program Aman Kampus fasa pertama,  gabungan mahasiswa Institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menjelajah seluruh negara sejak 6 Februari lalu, tiba di destinasi akhir, di Kuala Selangor, semalam.

Jelajah berkenaan terbahagi kepada tiga fasa :
  1. siswa bersama masyarakat, 
  2. siswa bersama warga kampus
  3. Perhimpunan Aman Anak Muda bersama Perdana Menteri.

Perhimpunan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijadualkan pada 17 Mac ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.



SYABAS dan TAHNIAH kepada semua mahasiswa seluruh IPTA dan IPTS dalam membantu menjayakan  PROGRAM AMAN KAMPUS

Wednesday 8 February 2012

program AMAN KAMPUS di HINA !!!!!

Dua Perdana Menteri di " HINA " sewaktu prog AMAN KAMPUS di Pasar Tani Ampangan 


Majoriti masyarakat sekitar Pasar Tani Ampang telah berikan kerjasama baik tetapi salah seorang daripada kami yang menjalankan aktiviti ini telah dihina dan diugut oleh seseorang.

“Saya dilaporkan seorang individu dalam lingkungan umur 30-an telah menghina kepimpinan negara dengan bermacam-macam tuduhan.”, ujar wakil kumpulan mahasiswa berkenaan ketika dihubungi dan menyatakan pemimpin yang dihina itu ialah dua Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir.

Dalam melakukan sesuatu perkara bukan semuanya di sukai di mata kita dan pelbagai provokasi dan limpahan yang diterima dalam merealisasikn matlmat yang ingin dicapai. Di harapkan pada pihak tertentu ataupun sesiapa sahaja perlu la berfikir terlebih dahulu dalam mencapai sesuatu perkara.

Tambahnya lagi, “Dia turut cakap, konsep 1Malaysia hanya retorik, dan rakan saya langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan tentang konsep yang diterapkan Datuk Seri Najib itu.”




# TUSUK 13 # Macam ini Pekerja Rakyat Malaysia

Jangan lah sampaikan pelanggan pun nk di tibaikan walapun kita marah dengan pelanggan sekalipun tetapi kita ada peraturan di tempat keje dan pelanggan ada aset utama dalam perniagaan sekiranya pekerja malaysia melakukan tindakan biadap seperti ini amat memalukan penduduk tempatan tentang perkara ini


Tuesday 7 February 2012

# sambungan TUSUK 10 # Program AMAN KAMPUS siri 2

Program AMAN KAMPUS  di Kampung Mertang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.







Alhamdulillah, program AMAN KAMPUS adalah usaha murni yang dilakukan oleh mahasiswa dalam membantu masyarakat setempat. Selepas ini mereka akan bergerak ke Ayer Keroh, Melaka. SYABAS dan TAHNIAH !!!!



# sambungan TUSUK 10 # Program AMAN KAMPUS

REALITI ataupun FITNAH tentang AMAN KAMPUS ????

Program AMAN KAMPUS yang baru dilancarkan mendapat pelbagai liputan dari seluruh masyarakt, hari ini sahaja satu FAKE AKAUN telah menabur fitnah mengatakan bahawa program AMAN KAMPUS tidak mendapat sambutan dalam akaun FACEBOOK..

apakah sandiwara yang ingin di sampaikan pada kita semua.

secara realitinya sambutan progam AMAN KAMPUS mendapat sambutan daripada kita suma dan apa yang diceritakan oleh pihak tertentu adalah PALSU ...!!!!!!!



kita ada akal dan fikiran, inilah realitinya yang sebenar jangan la busuk hati sangat dalam menfitnah sesuatu perkara.!!!!




# sambungan TUSUK 9 # BAUCER BUKU di salah guna oleh MAHASISWA ???




Tempoh sah Baucer pula akan tamat pada 31 hb Mac 2012. Baucer itu juga tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM 200.00 tetapi semuanya dilakukan semasa mahasiswa sedang bercuti panjang.

Berasas beberapa fakta di atas, Baucer tersebut dilihat tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah untuk meraikan perkara berikut.

a] Awal pembukaan semester untuk sessi baru pengajian

b] Permulaan pengajian Matrikulasi

c] Pesta Buku Antarabangsa

Baucer tidak menepati masa yang sesuai inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai. Kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku sebab final exam telah berlangsung dan mereka akan bercuti dan kebanyakkan mahasiswa pada hari ini menghabiskn Baucer Buku dengan membeli barang-barang yang lain selain dari buku untuk keperluan pada masa semesta hadapan


# TUSUK 12 # SMM sudah terpesong jauh dari landasan

ISU KUIN yang dilontarkan oleh SMM



1. Dewan Pemuda Pas Puchong (DPPP) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan semua pihak dalam usaha mempertahankan kewibawaan MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abd Razak berkaitan isu KUIN.

2. Bagi Dewan Pemuda Pas Puchong, isu ini harus dilihat dengan pertimbangan maklumat yang tepat dan memahami isudengan sumber yang adil. Jangan hanya melihat dan menilai permainan politik yang berdiri atas hujah persepsi semata-mata.


3. Ustaz Azizan telah memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dengan satu rekod yang sangat baik, hubungan yang baik dengan kawan dan lawan dilihat sangat disenang oleh teman-teman di Kedah.

4. Kepada mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terlalu lantang mengkritik,harus bersifat lebih rasional dalam apa jua tindakan dan tutur bicara. Jangan kerana terlalu agresif menampakkan gelombang kebangkitan mahasiswa sehingga tidak mampu membezakan antara musuh AUKU yang sebenar dengan siapa yang memperjuangkan isu Mahasiswa sekian lama. Pas lah yang selama ini sentiasa menjuarai samada di dalam Parlimen atau dipentas-pentas ceramah berkempen agar AUKU ini dihapuskan dan mahasiswa serta ahli akedemik diberi ruang seluas-luas untuk memberi komen tentang isu politik atau isu semasa tanah air, serta terlibat secara langsung dalam mana-mana parti politik yang berdaftar dalam negara.

5. Kebiadaban mahasiswa ini harus dibendung daripada dimunipulsi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dunia samada yang berada di dalam atau diluar Pas. Kecenderungan tindakan SMM untuk mengucar-kacirkan Pas yang dipengerusikan oleh Ahmad Syukri menampakkan seolah-olah wujud tangan ghaib di belakang mereka yang membuat percaturan dan merangka siri perbalahan dalam Pas. Harini telah kedengaran suara dari dalam dan luar kampus meminta agar Ahmad Syukri digantikan dengan orang lain yang terang-terang seperti telah mengubah matlamat asal perjuangan dan penubuhan SSM.

6. SSM harus dipacu semula oleh nakhoda yang benar-benar memahami asas perjuangan dan inspirasi perjuangan yang tulen dalam memperjuangkan isu mahasiswa. SSM harus memilih pengerusi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan boleh berfikir secara rasional walau berada dalam keadaan tertekan sekalipun. Sikap yang menampakkan emosi berlebihan sehingga dilihat terlalu biadap ketika berhadapan dengan ulama hanya akan merosakkan imej mahasiswa itu sendiri.

7. Dewan Pemuda Pas Puchong juga sangat tidak bersetuju kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari yang menyamakan Ust Azizan seperti UMNO apabila bersetuju menjatuhkan hukuman keatas 5 pelajar KUIN ini melalui AUKU. Ini sangat dilihat suatu komentar yang terlalu dengkil dan sinis lebih rendah moralnya berbanding Ahmad Syukri. (rujuk jawapan terkini Ust Azizan) Juga kami ingin menegur teman seperjuangan YB Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) yang mengeluarkan kenyataan berbentuk negatif terhadap Ustaz Azizan yang mana kami melihat ini hanya akan boleh merosakkan hubungan akrab yang sekian lama terbina antara antara dua parti. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

8. Kami berharap agar isu KUIN ini yang bakal dipanjangkan ke mahkamah harus bakal berakhir dengan satu keputusan yang menampakkan kebenaran dan keadilan yang terbaik untuk semua. Mahasiswa harus belajar daripada kesilapan yang berlaku.


MOHD ROSHARIZAN MOHD ROSLAN
KETUA PEMUDA,
DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG.

# TUSUK 11 # betul ke mahasiswa sebagai ASET PENTING ataupun hanya di pergunakan ?????

ALUMNI ASPIRASI MALAYSIA


Monday 6 February 2012

# TUSUK 10 # Program Aman Kampus

Putrajaya, 6 Feb - Program Kembara AMAN KAMPUS yang dilancarkan pada hari ini adalah untuk bertemu masyarakat dalam usaha mendekatkan diri bagi golongan mahasiswa dengan masyarakat setempat bagu mendapatkan info serta maklum balas dari masyarakat terhadap kerajaan yang di bawah tompok pimpinan DS Najib.



Presiden Persatuan Alumni ASPIRASI malaysia, Mohamad Shahar Abdullah



Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Mohd Shahar dan Tun Faisal


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan konvoi AMAN KAMPUS



Edarkan Flyer pada masyarakat setempat dan memberi maklumat ataupun isu-isu semasa yang berlaku di negara kita




Saturday 4 February 2012

# TUSUK 9 # Pelajar jual Baucar Buku 1Malaysia Tidak Tahu Bersyukur


PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.(sumber:berita harian)

Berhubung kes pelajar menjual  (BB1M) adalah sangat tidak wajar bagi tindakan tersebut. Sebagai seorang mahasiswa dan pelajar yang mempunyai pemikiran yang matang, seharusnya baucar yang diberikan oleh kerajaan dimanfaatkan untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran, bukan untuk dapatkan duit semata-mata. Golongan pelajar yang tak tau bersyukur ni memang tidak mengenang budi kerajaan langsung yang beria-ia nak tolong mereka.

ps: ada pelajar yang guna (BB1M) untuk beli novel seks...

#TUSUK 8 # FORUM vs KONSERT .????




VS


Generasi muda kita pada hari ini seperti makin lupakan diri terutamanya adalah golongan mahasiswa sendiri yang merupakan mahasiswa yang mempunyai pemikiran yang intelektual seperti yang kita sedia maklum tetapi sumanya hanya pandang dari segi rupa saje.....
Seperti yg kita sedia maklum jika KONSERT berlaku di mana2 "universiti" ramai mahasiswa yang berkeremun  dan hadir untuk menyaksikan konsert kerana mereka rasakn konsert seperti ini lebih bermkna dan mmberi faedah pada diorang untuk bersorak kerana ada maklumat yang disampaikn tapi jika FORUM yang berlaku pada hari ini tak semua mahasiswa yang hadir untuk menyaksikan forum berkenaan kerana FORUM pada hari ini banyak terjerumus pada politik....politik...politik myebabkan mahasiswa menjdi bosan .

Sepatutnya FORUM adalah suatu tempat untuk menjadi tempat menyampaikan maklumat dan nasihat untuk membentuk seorang mahasiswa tetapi semuanya terbalik menjadikan mahasiswa semakin radikal dan memberontak..

Adakah perkara seperti ini yang kita inginkan berlaku di negara kita....????