Followers

Tuesday, 7 February 2012

# TUSUK 12 # SMM sudah terpesong jauh dari landasan

ISU KUIN yang dilontarkan oleh SMM



1. Dewan Pemuda Pas Puchong (DPPP) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan semua pihak dalam usaha mempertahankan kewibawaan MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abd Razak berkaitan isu KUIN.

2. Bagi Dewan Pemuda Pas Puchong, isu ini harus dilihat dengan pertimbangan maklumat yang tepat dan memahami isudengan sumber yang adil. Jangan hanya melihat dan menilai permainan politik yang berdiri atas hujah persepsi semata-mata.


3. Ustaz Azizan telah memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dengan satu rekod yang sangat baik, hubungan yang baik dengan kawan dan lawan dilihat sangat disenang oleh teman-teman di Kedah.

4. Kepada mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terlalu lantang mengkritik,harus bersifat lebih rasional dalam apa jua tindakan dan tutur bicara. Jangan kerana terlalu agresif menampakkan gelombang kebangkitan mahasiswa sehingga tidak mampu membezakan antara musuh AUKU yang sebenar dengan siapa yang memperjuangkan isu Mahasiswa sekian lama. Pas lah yang selama ini sentiasa menjuarai samada di dalam Parlimen atau dipentas-pentas ceramah berkempen agar AUKU ini dihapuskan dan mahasiswa serta ahli akedemik diberi ruang seluas-luas untuk memberi komen tentang isu politik atau isu semasa tanah air, serta terlibat secara langsung dalam mana-mana parti politik yang berdaftar dalam negara.

5. Kebiadaban mahasiswa ini harus dibendung daripada dimunipulsi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dunia samada yang berada di dalam atau diluar Pas. Kecenderungan tindakan SMM untuk mengucar-kacirkan Pas yang dipengerusikan oleh Ahmad Syukri menampakkan seolah-olah wujud tangan ghaib di belakang mereka yang membuat percaturan dan merangka siri perbalahan dalam Pas. Harini telah kedengaran suara dari dalam dan luar kampus meminta agar Ahmad Syukri digantikan dengan orang lain yang terang-terang seperti telah mengubah matlamat asal perjuangan dan penubuhan SSM.

6. SSM harus dipacu semula oleh nakhoda yang benar-benar memahami asas perjuangan dan inspirasi perjuangan yang tulen dalam memperjuangkan isu mahasiswa. SSM harus memilih pengerusi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan boleh berfikir secara rasional walau berada dalam keadaan tertekan sekalipun. Sikap yang menampakkan emosi berlebihan sehingga dilihat terlalu biadap ketika berhadapan dengan ulama hanya akan merosakkan imej mahasiswa itu sendiri.

7. Dewan Pemuda Pas Puchong juga sangat tidak bersetuju kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari yang menyamakan Ust Azizan seperti UMNO apabila bersetuju menjatuhkan hukuman keatas 5 pelajar KUIN ini melalui AUKU. Ini sangat dilihat suatu komentar yang terlalu dengkil dan sinis lebih rendah moralnya berbanding Ahmad Syukri. (rujuk jawapan terkini Ust Azizan) Juga kami ingin menegur teman seperjuangan YB Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) yang mengeluarkan kenyataan berbentuk negatif terhadap Ustaz Azizan yang mana kami melihat ini hanya akan boleh merosakkan hubungan akrab yang sekian lama terbina antara antara dua parti. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

8. Kami berharap agar isu KUIN ini yang bakal dipanjangkan ke mahkamah harus bakal berakhir dengan satu keputusan yang menampakkan kebenaran dan keadilan yang terbaik untuk semua. Mahasiswa harus belajar daripada kesilapan yang berlaku.


MOHD ROSHARIZAN MOHD ROSLAN
KETUA PEMUDA,
DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG.

No comments:

Post a Comment