Followers

Thursday 19 April 2012

# TUSUK 26 # Parlimen Bubar



Adakah benar PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT ???

Mengikut kata-kata dari parti pembangkang dari Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar, semalam dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh membubarkan Parlimen menjelang akhir minggu ini.

"Bendera- bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan berkibaran di beberapa tempat, spekulasi di kalangan ahli politik ialah bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak berapa lama lagi.

'Datuk Seri Najib mungkin berbuat begini juga untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 3.0 (yang bakal diadakan pada 28 April ini),' kata beliau, sambil menambah bahawa perdana menteri mungkin mengumumkan pilihan raya itu menjelang akhir minggu ini kerana percaya beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah mengotakan janjinya untuk membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilafazkan tahun lalu.

Benar atau Tidak kesahihan ini, kita nantikan detik yang ditentukan.....................

No comments:

Post a Comment